Sunday, December 30, 2012
''ayah kat situ ada batu"
Nak dijadikan cerita, ari tu aq g bawak satu family g makan KFC, kat area pj..alah yg kat sebelah UM tue..samapi2 je aq terus la order .....lpas makan2..aq n adi ipar aq bawak la si ero kat atas ni g kua..kbetulan lak kat luar KFC tu ade taman permainan budak..ape lg..suka sakan la si hero nie..dalam duk die tgah main...tiba2 dia menjerit bagi tahu kat dik ipar aq....''ayah..ada batu...''..batu yg di maksudkan adalah seketul sisa kumbahan yg telah.......ops...esok la cite..heheeh
Wednesday, December 12, 2012
Wednesday, March 21, 2012
AKU DAN KEKASIHKU
Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar
tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul
ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa
taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang
bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!
Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH,
kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak
sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?
DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact
je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke...
spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat
DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam
tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.
Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu
aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku
frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.
Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~
So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.
Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam... pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure
akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya...
millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang
pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak?
Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah
kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah
bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas
budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!
DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua
ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan
lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua
sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.
Malu la sebenarnya nak cakap ni...
Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia
la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa.
Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku
mesti prepare awal-awal.
Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka,
apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi,
DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang,
sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special
yang aku tak pernah terfikir pun!
Ish! Rindu sangat dah ni!
Kekasih.. Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!
Sunday, February 26, 2012
Kan dah kene
Alahai..tu lah klau nak gelarkan orang, tgok2 la.. Pikir la baik buruk..tgok!! Kan AllAh Bayar cash td.. Manusia2
Subscribe to:
Posts (Atom)
